Khamis, 1 Januari 2015

Cuaca buruk terus hambat SAR QZ8501

FREE MALAYSIA TODAY
 
Selat Karimata diliputi awan rendah dan tinggi. Berpotensi hujan lebat terutama di sebelah barat Pontianak dan selatan Bangka Belitung.


basarnas


JAKARTA: Usaha pasukan mencari mangsa dan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini sekali lagi berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca yang kurang baik.

Menurut ramalan meteorologi lokasi pencarian akan mengalami hujan renyai sehingga sederhana lebat.

Ketua Pusat Meteorologi Penerbangan, Syamsul Huda menyatakan, cuaca di Teluk Kumai berkemungkinan mengalami hujan renyai dan sederhana lebat.

Sementara itu katanya, di Selat Karimata dijangka mengalami hujan lebat pada siang hari, “Selat Karimata diliputi awan rendah dan tinggi. Berpotensi hujan lebat terutama di sebelah barat Pontianak dan selatan Bangka Belitung.”

Menurut Syamsul, ketinggian ombak di kawasan pencarian dianggarkan setinggi 2-3 meter dan menambah, “Arah arus ke timur dengan kelajuan 30-40 sentimeter sesaat. Diharap walaupun ombak tinggi, usaha mencari dan memindah dapat dijalan.”

Bahagian Meteorologi juga meramalkan keadaan cuaca tidak menentu seperti sekarang akan berlanjutan dalam tempoh beberapa hari lagi, sekali gus menyukarkan tugas pasukan mencari dan memindah mangsa dan serpihan AirAsia QZ8501. – Metrotvnews.com

Tiada ulasan: