Rabu, 7 Januari 2015

Cinta Emma Maembong, Zizan Razak putus di tengah jalan

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM : Selepas bertebaran desas-desus bahawa pasangan ini putus cinta, akhirnya pada hari ini Emma Maembong mengesahkan hubungannya bersama pelawak terkenal Zizan Razak telah berakhir.

"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham," demikian menurut Emma kepada Harian Metro.
 
Kedua-dua artis ini pernah memberitahu kepada peminat mereka akan mengakhiri zaman bujang sekitar tahun ini.
 
Apatah lagi Emma dan Zizan sering memuat-naik gambar bersama di laman sosial mereka seperti di Facebook dan Instagram.
 
Namun, nampaknya perancangan kedua-dua artis yang berasal dari Terengganu ini tidak kesampaian dan sedikit sebanyak mengecewakan peminat-peminat mereka yang mahu melihat mereka terus bersama.
 
Zizan sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan dalam isu putus cintanya.

Tiada ulasan: