Khamis, 8 Januari 2015

CEO AirAsia nafi QZ8501 terbang tanpa permit

 
AirAsia mempunyai hak untuk menggunakan laluan penerbangan Surabaya-Singapura.


tony_air asia_300


SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan pesawat QZ8501 melakukan penerbangan tanpa permit.

Tegasnya, pihak AirAsia mempunyai hak penuh untuk melakukan mana-mana penerbangan mengikut jadual selama tujuh hari dalam seminggu.

“Kami mempunyai hak untuk menggunakan laluan penerbangan Surabaya-Singapura. Pihak kami telah mendapatkan kelulusan daripada kedua-dua pihak; Indonesia dan Singapura. Apa yang berlaku adalah satu kesilapan pentadbiran semata-mata,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau menjelaskan demikian bagi menyanggah kenyataan Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan Selasa lalu yang mendakwa penerbangan pesawat QZ8501 telah melanggar waktu operasi laluan yang dibenarkan.

Portal berita Indonesia, Kompas.com baru-baru ini mendedahkan syarikat penerbangan itu melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober yang menyatakan syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan berulang-alik menggunakan laluan itu pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Sehubungan itu, AirAsia Indonesia didapati melanggar permit dengan menggunakan laluan itu pada Ahad 28 Disember lalu, di mana penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal terhempas di Laut Jawa.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan Kementerian Komunikasi Awam Indonesia, penggantungan laluan penerbangan tersebut akan dipertimbangkan semula selepas penyiasatan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia

Tiada ulasan: