Khamis, 15 Januari 2015

Benarkah USD2.3 bilion dana 1MDB di Cayman sudah ditebus?

arul_1mdb

Roketkini.com


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy gagal menjelaskan maksud ‘menebus semula’ dana pelaburan USD2.3 bilion di Kepulauan Cayman, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Ini kerana pada 13 Januari lalu Arul berkata bahawa 1MDB berjaya menebus semula dana USD2.3 bilion di Pulau Cayman, sedangkan kenyataan tersebut mengelirukan.

“Apakah ‘tebus semula’ bermaksud hasil pelupusan pelaburan di Pulau Cayman sudah ‘diterima’ 1MDB?

“Arul kena pastikan amaun jumlah tunai yang diterima 1MDB,” kata Tony dalam satu kenyataan.
1MDB kini dilihat dalam tekanan kerana berjanji kepada firma auditnya Deloitte Malaysia bahawa semua baki pelaburan berjumlah RM 4.7 bilion akan diterima sepenuhnya sebelum November 2014.

Justeru itu, Tturut mengingatkan Arul untuk memulakan pentadbiran secara bersih dan tidak mewajarkan kesalahan sebelum ini dengan alasan tidak bertanggungjawab untuk tindakan pentadbiran sebelumnya.

“Ketika ditanya adakah 1MDB tidak mampu membayar semula balik pinjamannya. Arul hanya menafikan, dan mendakwa soalan media ‘sangkaan tidak benar’.

“Bila diminta menjelaskan kecairan dana 1MDB dia hanya menjawab, ‘tidak ada akaun untuk jumlah spesifik,” kata Tony.

Ujarnya, meskipun sedikit terbuka berbanding dua CEO sebelum ini, namun Arul tidak boleh ‘menyapu ke bawah permaidani’ kritikan dengan menuduh individu yang membuat dakwaan keatas 1MDB didasari niat politik tanpa pertimbangan perniagaan.

“Arul digaji bukan untuk bermain politik, tetapi untuk memulihkan 1MDB.

“Jika kritikan kami tidak tepat, malukan sahaja kami dengan fakta dan angka yang betul. Biar fakta dan angka berbicara dari hanya mengutuk kritikan.

“1MDB tidak boleh mengelak dari dikritik kerana ia berkait dengan kerajaan, CEO tidak ada jalan lain dari menuduh kritikan terhadap 1MDB adalah dakwaan berniat politik,” tegas Tony. – Roketkini.com

Tiada ulasan: