5 motosikal, 3 kereta terbakar
 
 
KUALA LUMPUR – Sebanyak lima motosikal dan tiga buah kereta di Blok 100, PPR Sri Pantai, Lembah Pantai  terbakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberitahu, dalam kejadian itu, tiga daripada lima motosikal terbakar 100 peratus.

“Kita menerima panggilan jam 2.31 pagi dan seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas ke lokasi kejadian.

“Api marak ketika kita tiba ke lokasi kejadian. Dua motosikal lain turut musnah 50 peratus, manakala tiga buah kereta yang diparkir berhampiran motosikal berkenaan musnah 30 peratus,” katanya.