Selasa, 9 Disember 2014

Web diceroboh, FAM minta maaf pada Vietnam

MALAYSIAKINI


 


Selepas insiden keganasan terhadap penyokong Vietnam, laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam dan terpaksa ditutup hari ini.

Perkara itu diumumkan FAM dalam Facebook rasminya petang ini.

Di samping itu, FAM juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakyat negara itu atas insiden yang berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014, di Stadium Shah Alam malam tadi.

“Pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

“FAM mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak,” menurut kenyataan itu lagi.

Dilaporkan penyokong Malaysia mencederakan penyokong negara itu selepas Harimau Malaya kalah 2-1.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dilaporkan sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar segelintir penyokong Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga terpaksa meminta maaf atas tindakan itu yang disaksikannya sendiri itu.

Tiada ulasan: