Sabtu, 27 Disember 2014

[VIDEO & GAMBAR] Jerebu Dulu Boleh Darurat, Banjir Dah 119,000 Orang Tak Isytihar Darurat

KELAB GREENBOC



 

Jumlah mangsa cecah 119,000, Kota Baru makin kritikal

Jumlah mangsa banjir di 7 negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

Di Kelantan, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Baru naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Semua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya 7 pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu, bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil dibuka semula kepada semua kenderaan.

Keadaan di Pahang pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 pada tengah hari.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya 6 pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.

Di Kedah, jumlah mangsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di Perlis, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di Perak, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut jurucakap MKN Negeri Perak. – Bernama


RAYUAN DARI KUALA KRAI



KEADAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN



YANG MENGHARUKAN
Dengan berkaki ayam, Sultan kelantan turun mencemar duli
tidak bermain golf...



LIHAT VIDEO DI SINI:
 


ULASAN GB

Cukup-cukup pelik. Jerebu dulu yang tidak sampai meliputi satu negeri dan tidak melibatkan ramai rakyat boleh diisytiharkan darurat, sedangkan banjir kali ini melibatkan beberapa buah negeri dan melibatkan lebih 100,000 orang tidak diisytiharkan darurat.

Sudah seminggu puluhan ribu rakyat tak balik ke rumah, tersadai di pusat pemulihan banjir. Segala-galanya musnah ditenggelami air... rumah - barangan - kelengkapan - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal dan lain-lain) ditinggalkan malah banyak yang musnah dianyutkan oleh banjir, pun tidak diisytiharkan darurat.

Ahl-ahli Keluarga, anak-anak, suami dan isteri bersepah dan ramai juga yang terpisah....

Bukankah bencana tersebut lebih jauh hebatnya dari jerebu yang rakyat masih boleh duduk bersama di dalam satu rumah?

Apakah jenis mentaliti yang ada di kalangan pak menteri kita di negara ini?

Please lah wahai Najib, wahai Muhyiddin, wahai Mustapa Mohd, wahai menteri-menteri UMNO-BN... hentikanlah berpolitiking demi mengelakkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat. Jangan kerana yang ramai terlibat itu rakyat Kelantan maka mereka dipinggirkan dan dizalimi...



1 ulasan:

Kabus Ibra berkata...

Yang sibuk sangat nak istiharkan darurat ini tentulah pengistiharan itu boleh membawa banyak kebaikan kepada rakyat

Kan lebih baik ko bagi penjelasan tentang perlu dan baiknya klu diistiharkan darurat kepada orang ramai dari ko membebel tak tentu hala sampai nak menyamakan masalah jerubu dengan banjir