Sabtu, 13 Disember 2014

'UM8' mahu bayar denda dengan duit syiling

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kumpulan siswa 'UM8' yang dikenakan tindakan denda oleh Universiti Malaya berkata mereka akan membuat bayaran tersebut dengan wang syiling

Seorang daripada siswa tersebut, Adam Fistival Wilfrid berkata, mereka akan bertindak demikian kerana UM tidak berhak ke atas wang mereka.

“(UM) tidak berhak ke atas wang kami, maka kami akan membayar denda RM1,500 itu dengan duit syiling. Biarlah mereka kira sendiri,” katanya.

Wilfrid ditemui Malaysiakini semasa beliau menyertai sesi barbeku bersama siswa 'Occupy UM' di hadapan pintu masuk utama ke kampus tersebut di Kuala Lumpur semasa protes 'Occupy UM' mereka masuk hari ketiga.

Kumpulan itu mendirikan khemah di kawasan tersebut sejak hari Rabu lalu untuk menekan UM agar membatalkan hukuman ke atas kumpulan siswa terbabit.

Ia ekoran tindakan siswa berkenaan menganjurkan perhimpunan pada 27 Oktober lalu bagi pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



 

Tiada ulasan: