Isnin, 15 Disember 2014

Rampasan buku Kristian dirujuk pada DPP

MALAYSIAKINI


 


Polis Johor telah merujuk kes rampasan 30 kitab gita puja yang dirampas oleh paderi Katolik kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP untuk arahan lanjut,” kata Lim kepada Malaysiakini.

“Mereka mempunyai bidang kuasa dan pengetahuan sama ada ia sebuah kesalahan atau tidak.”

The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember.

Tiada ulasan: