Selasa, 16 Disember 2014

Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%!




kos perubatan



Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%! : Pelik. Banyak yang melawan arus sekarang daripada cakap-cakap pemain industri berbanding kenyataan menteri menjelangnya pelaksanaan GST 6% di Malaysia 1 April 2015 kelak.

Apabila ditanya kesan GST kepada Malaysia, apa jawapan yang rakyat terima? banyak harga barang akan turun. Apabila diajukan pula persoalan mengenai kos perubatan terkesan atau tidak disbealik pelaksanaan GST? Jawapan menteri….

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hanya mengatakan kenaikan kos perubatan di Malaysia naik hanya akan berlegar antara 1% dan 2% apabila GST 6% dilaksanakan kelak.

Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Jacob Thomas telah melangungkan amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia supaya bersedia lebih awal dengan kenaikan kos perubatan di hospital swasta Malaysia naik yang akan berlaku kelak iaitu sekurang-kurang 5% atau lebih walaupun kerajaan mengatakan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.

KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia 
Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?
 

Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Naik 2015?

  1. Ramai profesional kesihatan yang bekerja secara bebas atau sebagai bukan kakitangan hospital sebagai punca peningkatan kos tersebut
  2. Walaupun sektor penjagaan kesihatan sering dilabelkan terkecuali daripada GST oleh kerajaan, tetapi
  3. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada 7 November 2014 menyatakan profesional kesihatan bebas di hospital swasta dikenakan GST kadar standard.
  4. Hampir 99 peratus daripada profesional perubatan yang bekerja di hospital swasta bukan kakitangan hospital dan mereka bekerja secara bebas tanpa terikat dengan pengurusan hospital
  5. Akibat daripada pelaksanaan cukai tersebut, sekurang-kurangnya 45 peratus daripada bil penjagaan kesihatan keseluruhan akan di caj GST.
Dr Jacob Thomas mengingatkan kerajaan malaysia supaya bercakap benar, menyampaikan fakta yang sahih dan jelas disebalik kesan pelaksanaan GST 6% kepada rakyat Malaysia. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: