Sabtu, 13 Disember 2014

PERKASA tak sertai himpunan 10 Januari

MALAYSIAKINI


NGO pendesak Melayu, PERKASA tidak akan menyertai satu perhimpunan anjuran Majlis Perpaduan Melayu (MPM) di Bukit Jalil pada 10 Januari depan.

"Kami tak terlibat dalam himpunan itu. MPM ini memang saya yang tubuhkan dahulu, tapi ada orang dah hijack (rampas).

"Jadi PERKASA tak terlibat lagi," kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam sidang media petang ini.

Ibrahim berkata demikian sewaktu diminta mengulas tentang perhimpunan itu yang dikritik Pakatan Rakyat.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan himpunan itu sebagai satu percubaan untuk menggunakan agama sebagai topeng kepada perkauman.

Anwar membidas tindakan MPM menggunakan istilah 'maqasid syariah' bagi mewajarkan penganjuran himpunan pada 10 Januari itu.

Tiada ulasan: