Isnin, 1 Disember 2014

Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.

Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.

"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.

Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.

Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.

Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.

Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini

Tiada ulasan: