Rabu, 3 Disember 2014

PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.

Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.

"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.

Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63.

Tiada ulasan: