Isnin, 8 Disember 2014

Olimpik 2020 Tokyo guna balak haram Sarawak?

MALAYSIAKINI


 


Global Witness hari ini mempersoalkan sama ada pembinaan untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 melibatkan kayu yang dibalak secara “haram dan tidak lestari” daripada Sarawak.

NGO itu berkata, berdasarkan siasatan, terdapat syarikat Jepun dan projek pembinaan berprofil tinggi Tokyo “dikaitkan” dengan pemusnahan hutan hujan Sarawak.

Katanya, walaupun tujuh kemudahan Olimpik mungkin bawah pengawasan Pentadbiran Tokyo Metropolitan, yang mempunyai dasar menggalakkan alternatif kepada kayu tropika dalam pembinaan, stadium utama Olimpik mungkin tidak mempunyai dasar sama.

Stadium utama dikawal selia oleh kerajaan Jepun.

Turut dinamakan dua pembekal papan lapis terbesar Jepun, kedua-duanya berasaskan Sarawak, sebagai sasaran utama siasatan.

Malaysiakini sudah menghubungi syarikat-syarikat itu dan tidak menamakannya terlebih dahulu sebelum mendapat reaksi berhubung dakwaan NGO itu.

Global Witness mendawa, syarikat itu berdepan “beberapa dakwaan” pembalakan haram dan tidak lestari.

“Jika kerajaan Jepun dan syarikat-syarikat itu tidak menukar amalan sumber kayunya, pembinaan Olimpik seperti menyumbang ke arah pemusnahan hutan hujan di Borneo,” menurut NGO itu.

Tiada ulasan: