Khamis, 11 Disember 2014

Kes UM8: PKR akan hantar memo

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan mengemukakan memorandum kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya bagi membantah tindakan ke atas tujuh orang aktivis siswa tersebut.

Katanya, beliau akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada naib canselor, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

“Saya akan teruskan tindakan minggu depan dengan menyerahkan memorandum bantahan kepada UM.

“Saya akan tulis secara rasmi dan serahkan kepada naib canselor,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rafizi mengulas mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas kumpulan Occupy UM yang berkhemah di hadapan pintu masuk kampus tersebut.

Katanya, arahan penguatkuasa supaya mahasiswa berkenaan menurunkan khemah adalah tindakan yang keterlaluan.

“Itu satu tindakan yang keterlaluan kerana tidak melibatkan orang ramai atau undang-undang. Ianya diantara mahasiswa dan pihak universiti.

“Ia dalam lingkungan kawasan universiti, tak ganggu orang awam,” katanya yang melawat tapak perkhemahan tersebut pagi ini.

“Saya baru saja pergi melawat tapak itu dua jam lalu, sekarang ini mereka sudah arah mahasiswa untuk turunkan khemah.

“Saya yakin yang mereka tetap teruskan Occupy UM,” katanya dengan tegas.

Tujuh orang siswa UM, termasuk bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol, dikenakan hukuman ekoran penglibatan dalam satu program bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada penghujung Oktober lalu.

Seorang lagi didapati tidak bersalah oleh pihak pentadbiran universiti. Kesemua lapan orang siswa tersebut digelar sebagai UM8.

Tiada ulasan: