Selasa, 16 Disember 2014

Keputusan mahkamah bersih nama Hadi


Satiful Satiful
 
 
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pas Terengganu berharap keputusan mahkamah yang memihak kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu membersihkan nama pemimpin parti itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, keputusan mahkamah tersebut membuktikan bahawa dakwaan terhadap Abdul Hadi tidak benar dan menganggap ia sebagai usaha mencalarkan imej Abdul Hadi.

“Alhamdulillah, keputusan mahkamah hari ini (semalam) membuktikan dengan jelas bahawa sebenarnya tuan guru yang difitnah,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saman fitnah terhadap Hadi ditolak]

Sementara itu, seorang aktivis Pas, Hoslan Husin yang mengikuti keputusan mahkamah semalam cukup yakin dengan kemenangan memihak kepada Presiden Pas itu.

Menurutnya, kemenangan sudah tentu akan berlaku walaupun diserang hebat dari pelbagai arah, terutama daripada pihak yang tidak memahami uslub dakwah.

“Apabila saman berlaku, akan ada menang dan kalah tetapi kita yakin dalam perjuangan Islam ini, ALLAH Taala bagi kemenangan kepada tuan guru presiden walaupun disaman oleh mereka yang duduk dalam PR yang tidak faham sebenarnya,” katanya

Tiada ulasan: