Ahad, 7 Disember 2014

'Kenapa PM tak boleh mungkir janji lagi?'

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa Akta Hasutan 1948 yang diperkukuh akan digunakan secara adil.

Tetapi adakah beliau tidak akan mungkir janji sekali lagi?

Persoalan itu dibangkitkan oleh anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini, setelah Najib menarik balik janjinya memansuhkan akta kontroversi itu.

Perdana menteri (kanan) malah mengumumkan bahawa akta yang digubal di era penjajahan itu akan diperkukuh.

“Bagaimana beliau boleh harap supaya orang ramai percaya padanya selepas mungkir janji yang dibuatnya pada 2012?

“Dan bagaimana seorang perdana menteri boleh mungkir janji.

“Tidak hairanlah jika pengguna Internet selalu mempersendakan slogan BN sebagai 'Janji Dicapati',” katanya dalam konvensyen DAP Melaka hari ini.

Tiada ulasan: