Sabtu, 13 Disember 2014

JPN Sabah ingkar undang-undang

 
Terdapat 200,000 nama dalam senarai daftar pemilih yang tidak sepatutnya berada di sana.


mycard_jpn_300


KOTA KINABALU: Kewarganegaraan perlu didahulukan sebelum kad pengenalan Malaysia (IC) diberikan, seperti yang dinyatakan dalam laporan penemuan Royal Commission of Inquiry (RCI) tentang pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Ianya salah di sisi undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan kepada warga asing tanpa melalui proses undang-undang, kata panel RCI yang memetik kenyataan Sabah Law Association (SLA).

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jariah Binti Mohd Said telah memberi keterangan bahawa menurut rekod JPN, jumlah IC baru yang diberikan kepada orang asing adalah 67,675 dan jumlah orang asing di Sabah yang telah diberikan kewarganegaraan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 adalah 68,608.

Tetapi anggaran Suhakam tentang jumlah orang asing yang diberikan IC Malaysia secarah sah dan haram berdasarkan kiraan activis Dr Chong Eng Leong dan orang lain melebihi jumlah yang diberikan oleh Jariah.

Panel RCI telah menafikan tanggapan orang ramai bahawa IC biru sahaja merupakan bukti bahawa seseorang itu merupakan rakyat Malaysia.

“Seseorang itu perlu menjadi warga negara Malaysia sebelum layak menerima kad pengenalan Malaysia,” kata laporan RCI.

Dalam laporannya, RCI juga turut menyatakan bahawa terdapat 113,850 kad pengenalan yang dianggap bermasalah, dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai P1, yang mempunyai rekod penuh yang menyatakan bahawa kad pengenalan mereka diberikan berdasarkan surat sumpah atau akuan berkanun yang mengesahkan bahawa pemohon dilahirkan di Sabah. Terdapat 51,300 kad pengenalan sedemikian.

Kumpulan kedua dikenali sebagai P2 di mana mereka tidak mempunyai rekod penuh kecuali salinan.

Tiada maklumat sama ada surat akuan atau surat beranak digunakan untuk menyokong permohonan mereka. Jumlah mereka bercanggah. Terdapat 62,550 kad pengenalan yang direkodkan di bawah kumpulan P2.

Terdapat juga kumpulan ketiga dokumen iaitu P3 dan kumpulan ini terdiri daripada pas sementara kad pengenalan yang mempunyai 7 digit.

JPN tidak menghadapi masalah dalam membatalkan mereka yang tergolong dalam kumpulan P3 yang berjumlah 16,699. Ianya jelas bahawa kumpulan P3 tidak memenuhi syarat undang-undang.

Jumlah rasmi yang diberikan untuk kumpulan P1, P2 dan P3 berbeza daripada jumlah tidak rasmi yang diberikan oleh bekas presiden Upko Bernard Dompok iaitu P1 177,785; P2 62,546; dan P3 16,695.

Radin Malleh, timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memberikan satu lagi set nombor iaitu P1 51,300 dan P2 62,575.

Dr Chong telah mengekalkan kiraannya, terdapat sekurang-kurangnya 200,000 nama dalam senarai daftar pemilih yang tidak sepatutnya berada di situ.

Tiada ulasan: