Rabu, 3 Disember 2014

DUN bahas Akta Hasutan, BN keluar dewan

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menerima usul tergempar bagi membahas dan mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul yang dibawa oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) itu disokong oleh Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) bagi membahaskan perkara tersebut.

Ketika mencadangkan usul itu, Lau berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk mengekalkan akta itu merupakan satu tindakan yang “munafik”.

Katanya, Najib sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta tersebut namun perkara yang berlaku sebaliknya.

"Pendirian perdana menteri yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, munafik," katanya ketika mencadangkan usul tergempar itu di DUN Selangor, Shah Alam.

Ketika Lau mencadangkan usul tersebut, kesemua ADUN BN bagaimanapun keluar daripada dewan negeri itu.
 

Tiada ulasan: