Isnin, 15 Disember 2014

DAP mahu Pakatan namakan calon PM

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat harus menamakan calon perdana menteri yang ditentukan apabila menyertai pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Bercakap dalam persidangan tahunan parti itu di Subang Jaya hari ini, Lim berkata Pakatan tidak boleh menyertai pilihan raya tanpa muafakat jelas berhubung isu utama itu.

“Pakatan tidak boleh menyertai pilihan raya tanpa bersetuju siapakah yang akan menjadi perdana menteri seterusnya atau pendirian jelas dan muktamad bahawa undang-undang hudud tidak akan diperkenal,” katanya kepada perwakilan.

DAP menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika Pakatan berjaya mengambil alih tampuk kekuasaan.

Manakala dalam PAS pula terdapat pihak yang lebih senang jika presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diterima ke jawatan itu.

Tiada ulasan: