Selasa, 2 Disember 2014

Chong Wei saman malu Razif

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei mengesahkan menyaman malu bekas pemain badminton negara, Razif Sidek kerana mendakwa beliau sudah lama menggunakan bahan terlarang, lapor The Malay Mail.

Pada 11 November lalu, Razif memberitahu Kosmo, beberapa pegawai Persatuan Badminton Malaysia mengetahui Chong Wei menggunakan bahan terlarang tetapi tidak menyuarakannya kerana beliau pemain utama dunia.

Razif juga mendakwa Chong Wei menggunakan doctor asing untuk merawatnya.

“Peguam saya sudah menghantar surat beberapa hari lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) sudah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat berkenaan tetapi segalanya sudah berlaku,” kata Chong Wei.

“Saya tidak boleh melupakan perkara ini kerana beliau sudah memburukkan nama saya,” tambahnya.
Chong Wei menghadapi hukuman larangan bermain selama dua tahun kerana gagal ujian dadah tetapi boleh menerima hukuman lebih ringan kerana beliau sudah lulus lebih 100 ujian anti-dadah dalam 15 tahun.
 

Tiada ulasan: