Isnin, 8 Disember 2014

BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia

lge

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Setiausaha Agng DAP Lim Guan Eng berkata, beliau amat tidak bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana ‘orang Malaysia bodoh’

“Sebenarnya, Barisan Nasional yang sebenarnya ‘bodoh’ kerana bergantung kepada agenda perkauman untuk melindungi kroni yang tidak mempunyai keupayaan, bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan mengulas pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Katanya. ‘kebodohan’ itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian, dan MAS yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan.

CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.

Guan Eng berkata, Air Asia berjaya di peringkat antarabangsa tanpa bantuan subsidi kerajaan dan mampu mengubah industri penerbangan dengan idea menawarkan tambang murah.

“Sebaliknya MAS yang mendapat bantuan berpuluh-puluh bilion ringgit dari kerajaan selain mengenakan tambang yang tinggi masih mencatatkan kerugian. Manakala Air Asia mencatat keuntungan besar walaupun mengenakan tambang rendah.

“Rahsia kejayaan Air Asia mudah dan diamalkan oleh semua syarikat cemerlang, iaitu fokus , ketegasan, kecekapan, kejujuran dan menghargai bakat tanpa mengira bangsa atau agama,” kata Guan Eng.

Dalam pada itu katanya, wujud kebimbangan bahawa MAS bakal mengulangi kerugian seperti dialami 1Malaysia Development Board (1MDB) yang kini berhutang RM41.9 bilion.

“Rakyat Malaysia berharap CEO baru diberikan kebebasan untuk ‘membersihkan’ MAS dengan tumpuan kepada salahurus syarikat, dan bukannya menambil jalan mudah mengurangkan 6,000 kakitangan.

“Rakyat Malaysia juga ingin tahu terma dan faedah diperoleh CEO asing yang baru ini kerana ia perlu diperjelaskan untuk membuktikan komitmen MAS terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Guan Eng. – Roketkini.com

Tiada ulasan: