Sabtu, 13 Disember 2014

Anwar mahu Chegubard berhenti kritik Azmin

MALAYSIAKINI


 


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menghentikan kritikan ke atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

Katanya, Badrul Hisham yang digantung keahliannya dalam PKR perlu mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Badrul bahawa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Jika ada aduan, mereka boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.

"(Badrul, yang juga dikenali dengan nama Chegubard) berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” katanya.

Tiada ulasan: