Rabu, 26 November 2014

Pertahan Akta Hasutan: Malang Khairy belajar di Oxford – Nik Nazmi

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Adalah malang apabila Ketua Pemuda Umno yang mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford tetapi tidak boleh menerima keterbukaan dan pandangan ahli akademik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Khairy Jamaluddin di Perhimpunan Agung Umno hari ini yang  mendakwa negara pasti hancur jika Akta Hasutan 1948  tidak dipertahankan.

Nik Nazmi“Selama ini kita lihat, pemimpin Umno sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong Umno memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa,”

“Malang sekali, Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan ahli akademik di Malaysia,” sindirnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada beberapa tindakan kerajaan terhadap ahli akademik, antaranya Dr Aziz Bari dan Profesor Azmi Sharom yang didakwa di bawah undang-undang itu.

Nik Nazmi menegaskan, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan sudah mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap ucapan yang menimbulkan kacau bilau, tanpa menggunakan undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Tiada ulasan: