Isnin, 24 November 2014

MB S'gor jamin tiada belanjawan tambahan

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengambil pendirian untuk "jujur" kepada rakyat dengan mengemukakan jumlah sebenar belanjawan negeri bagi tahun 2015.

Menurut Azmin, beliau turut memberi jaminan tidak akan memanggil sidang dewan bagi membentangkan belanjawan tambahan seperti yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Kaedah yang dilakukan ketika pembentangan (dulu), ia dibentangkan dengan kaedah belanjawan berimbang. Tetapi setelah tiga, empat bulan kemudian akan dibawa semula ke dewan dan mengemukakan belanjawan tambahan. Jadi ini menyebabkan perbelanjaan itu bertambah setiap tiga, enam bulan.

"Saya mengambil pendirian yang berbeza untuk mengemukakan secara jujur kepada Dewan dan rakyat. Ini adalah jumlah yang akan dibelanjakan untuk (tahun) 2015 daripada awal.

"Saya beri jaminan, tidak ada belanjawan tambahan bagi 2015," katanya pada sidang media selepas membentangkan belanjawan negeri Selangor 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam

Tiada ulasan: