Selasa, 25 November 2014

Lerai segera konflik, usah berbalah di Facebook


Oleh MOHD ARIF JUHANI


BERBEZA dengan gerakan Islam lain yang hanya berstatus se bagai NGO, cabaran gerakan Islam seperti PAS ter nyata lebih kompleks dan semakin bertambah sekurang-kurangnya se lepas menempuh dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Perkembangan ini berlaku kerana peranan sebagai parti politik Islam yang berinteraksi secara langsung dalam medan demokrasi dengan prinsip ‘Muwajahah Silmiyyah’. Lebih menarik lagi, kedudukan PAS juga semakin inklusif dengan bergabung dalam satu muafakat parti politik bukan kerajaan bersama KeADILan dan DAP.

Penglibatan seperti ini jugalah yang menyebabkan peranan PAS mula dipertikaikan khususnya dalam soal-soal yang membabitkan Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, polemik seperti itu masih belum cukup mencipta krisis dalaman kepada PAS sehinggalah munculnya strategi ‘Langkah Kajang’ oleh KeADILan dengan matlamat tidak lang sung iaitu untuk menukarkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim se bagai Menteri Besar.

Bermula dari sini, konflik dalaman PAS tercetus yang menyaksikan pemben tukan lebih jelas dua kum pulan iaitu yang menyokong Khalid Ibrahim serta yang bersetuju matlamat Langkah Kajang diteruskan.

Kemelut ini semakin terdedah kepada pengetahuan umum apabila berlaku beberapa insiden memalukan sepanjang Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.

Selepas itu, penggunaan laman sosial seperti Facebook semakin ‘dimanfaatkan’ oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS untuk me nyindir dan menyerang antara satu sama lain sehingga menarik perhatian para penganalisis luar untuk menambah ‘kemeriahan’.

Jika sebelum ini, laman sosial itu menjadi jentera untuk PAS membina imej inklusif, demokratik dan mes ra rakyat serta belia, namun sekarang, Facebook menjadi kaedah terbaik untuk golongan tertentu termasuklah yang masih bersama- sama PAS menyerang pimpinan parti itu.

Namun, bagi Pengarah Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau bertegas tentang keperluan untuk pimpinan dan ahli untuk memelihara disiplin dan akhlak berjemaah khususnya apabila berhadapan konflik.

“Sebenarnya perkara ini pun kita sudah beringatkan berkali-kali kepada semua ahli-ahli dalam program usrah, tazkirah. Kita bagi peringatan.

“Ahli kita ok, boleh kontrol (cuma) kadang-kadang depa yang tak terlibat (dengan PAS) yang cetus masalah, itu kita tak boleh buat apa,” ujarnya ketika dihubungi

Menurut beliau, selain ahli PAS, pimpinan parti itu juga pernah diberikan peringatan supaya tidak ter libat dengan provokasi di laman sosial yang boleh menambah kekeruhan sedia ada.

Beliau mengakui, PAS sedang berdepan dengan cabaran teknologi maklumat yang lebih rencam tetapi tetap berharap supaya pendukung PAS kekal menunjukkan kualiti ber organisasi yang lebih matang untuk dicontohi oleh pihak lain.

Namun begitu, apa yang menarik untuk diperkatakan adalah konflik ini tidak pula menyebabkan pim pinan atau ahlinya yang keluar parti secara beramairamai sebagai tanda protes.

Kalau pun ada, setakat ini yang popular adalah Dato’ Tamrin Ghafar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Umno.

Tetapi harus diingatkan bahawa itu bukanlah sesuatu yang boleh kekal untuk jangka masa yang panjang dan PAS harus menyelesaikan segera konflik yang berlangsung sebelum ia merebak kepada peringkat yang lebih kronik.

Ketika disoal tentang kemampuan PAS mengurus konflik, beliau yang juga AJK PAS Pusat masih optimis dengan kemampuan parti itu untuk menangani kemelut ini berbanding pihak lain yang bimbang dengan keberangkalian parti itu untuk berpecah dengan Pakatan Rakyat.

Tegas beliau, apa yang sedang berlaku adalah perkara yang biasa kerana kedudukan PAS sebagai sebuah organisasi yang besar dan dianggotai oleh ahli yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.
“Itu biasa dalam satu organisasi yang besar. Pandangan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Inilah yang orang kata kebijaksanaan kita da lam mengurus berbagaibagai pandangan.

“PAS ini pun bukan satu jalur saja. Kita menerima se mua orang dalam kalang an pelbagai pe ringkat akademi, latar belakang dan dari segi sosio- ekonomi, sebab itulah tahap pemikiran kita berbeza,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang lebih penting adalah kesatuan matlamat PAS pada satu titik-temu untuk mencari keredaan Allah SWT “Itu kehebatan yang ada PAS ini,” katanya.

Tiada ulasan: