Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
 
 
KUALA LUMPUR – Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruldin Amiruldin mengingatkan semua menteri dan menteri besar negeri supaya menyerahkan semula tanah rizab milik Melayu kepada mereka semula.

Beliau berkata demikian selepas perwakilan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai menyampaikan ucapan perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini hari ini. 
  
“Sekarang ini, bumi dipijak milik orang. Saya kasihan dengan miskin bandar. Saya ada tengok gelagat anak beranak di sebuah gerai buah-buahan. Si anak menangis nak makan buah durian. Si ibu pulak hanya ambil buah tersebut kemudian letak balik, ambil kemudian letak semula. Saya faham kenapa macam tu, sebab duit yang ada dalam beg tu tak cukup nak beli.

“Bayangkanlah situasi itu. Saya pun kenyit mata pada tauke kedai supaya diberikan  diskaun. Selepas itu, barulah si ibu tadi dapat membeli buah durian tersebut. Anak tu senyum dapat makan durian.

Bukannya jenis Musang King, cuma yang biasa, itupun bukannya baru, dah merekah pun… Itupun dah cukup menggembirakan,” katanya kepada sidang perwakilan, hari ini.