Rabu, 19 November 2014

Banjir: 25 orang dipindahkan di Pasir Puteh

MALAYSIAKINI


 


Sejumlah 25 orang daripada lima keluarga dari Kampung Tasek dan Kampung Gong Keding, Bukit Awang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan berkata pusat pemindahan berkenaan dibuka pada pukul 7 malam tadi bagi menempatkan penduduk terbabit.

"Kampung berkenaan dinaiki air 1.5 meter akibat limpahan air sungai Petai dan Sungai Jertih berikutan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, malam tadi.

Beliau berkata kedua-dua kampung berkenaan yang terletak di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai mudah dinaiki air.

Wan Baijuri berkata pihaknya bersama agensi kerajaan lain termasuk polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terus membuat pemantauan berikutan hujan yang kadang kala lebat masih berterusan. - Bernama

Tiada ulasan: