Selasa, 21 Oktober 2014

Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismail Hussein, 82, meninggal dunia jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua, lapor Bernama.

Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) ituberusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.

Tiada ulasan: