Khamis, 16 Oktober 2014

Sejauh mana promosi Malaysia pusat pelancongan Islam

\Azmi 


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang mesti dikunjungi.  

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-  
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi memastikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card. 

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.  

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.  

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah Imbalance Cost Past Through (ICPT) akan dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.   

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya, mengapa. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: