Jumaat, 17 Oktober 2014

Pasukan Ukraine Mula Kumpul Barang Milik Mangsa

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
THE HAGUE - Kerajaan Belanda berkata pasukan mencari Ukraine mula mengumpul pelbagai barangan milik mangsa pesawat MH17 di tapak lokasi nahas termasuk pasport, beg pakaian, barang kemas dan patung permainan kanak-kanak.
 
Kementerian Keselamatan dan Kehakiman Belanda dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 40 anggota membabitkan agensi penyelamat bencana Ukraine menyertai operasi terbaharu yang masuk ke lokasi nahas di timur Ukraine, semalam.
 
Empat pegawai Belanda dan satu kumpulan khas OSCE turut berada di lokasi nahas.
 
Lapan pakar forensik akan berlepas ke Ukraine untuk memeriksa barangan milik mangsa sebelum mereka pulang semula ke Belanda.
 
Semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terbunuh apabila pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu,
 
Laporan siasatan awal menunjukkan pesawat ditembak dari luar mengginakan objek berkuasa tinggi dengan beberapa pakar penerbangan percaya ia adalah satu serangan peluru berpandu. - AP

Tiada ulasan: