Jumaat, 31 Oktober 2014

MB naik bas awam uji keberkesanan

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PETALING JAYA: Pengguna pengangkutan awam yang menunggu bas di perhentian bas terkejut apabila mendapati individu turun dari bas berhenti itu adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Kejadian itu berlaku di hentian bas berhampiran stesyen LRT Asia Jaya ketika Mohamed Azmin meninjau sendiri sistem jalan sehala yang mula diperkenalkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 14 Oktober lalu.

MB BasMohamed Azmin dalam program turun padang bagi Daerah Petaling itu juga sempat bertanya sendiri masalah dihadapi beberapa pengguna pengangkutan awam di situ.

Sebelum itu Mohamed Azmin ketika menyentuh program turun padang sedang rancak dijalankanberkata, keutamaan beliau adalah melihat sendiri permasalahan rakyat.

“Terjah adalah satu istilah baru di Selangor tetapi kita terjah bukanlah cari publisiti tetapi untuk selesaikan masalah rakyat,” kata Mohamed Azmin di hadapan kira-kira lebih 200 kakitangan MBPJ di Auditorium MBPJ sebelum memulakan lawatan di beberapa lokasi sekitar Daerah Petaling.

Selain meninjau keberkesanan sistem jalan sehala, Mohamed Azmin turut melawat Pangsapuri Intan Baiduri, Seksyen 51A, Petaling Jaya dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara.

Antara isu yang menjadi perhatian Mohamed Azmin dalam lawatan kali ini termasuklah isu penyelenggaraan lif di kedua-dua perumahan bertingkat itu.

Mohamed Azmin turut sempat menyerahkan kunci kepada seorang bakal penyewa unit PPR dan mengecat bangunan.EZY

Tiada ulasan: