Khamis, 23 Oktober 2014

Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun?




Lee Chong Wei



Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah Steroid ! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun? : Dalam dua hari terakhir sudah mula kedengaran yang mana ikon sukan badminton negara iaitu _______________ telah gagal dalam ujian doping (doping test). Yang mana pada ketika itu masih lagi menunggu sampel B bagi memastikan samada ikon badminton negara Malaysia ini disahkan positif steroid atau tidak.

Nampaknya sukan badminton negara sedang berdepan tempoh perit dalam sejarah sukan tersebut. Sebelum ini terpalit dengan kes bookie dalam sukan badminton negara memabitkan percaturan permainan dan pemain yang SPRM sedang siasat taruhan dalam badminton negara. Berita terbaru membabitkan kegagalan dalam ujian doping (doping test) pula…

Dan dalam pada masa yang sama Berita Semasa telah difahamkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahaja dimaklumkan yang mana rakan baik beliau itu telah gagal dalam ujian doping (doping test) yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini.

KLIK SINI : 
Isu Kritik FAM : Khairy Jamaluddin (Menteri KBS) + Tengku Mahkota Johor 
(Tunku Ismail Sultan Ibrahim) VS Siti Nurhaliza + Pemimpin FAM?

Sebelum itu, ada lagi cakap-cakap yang mengatakan Datuk Nicol David yang selebriti sukan adalah figura yang gagal dalam ujian doping tersebut. Nicol David baru sahaja menang kejohonan besar Terbuka Us (US Open ) sekaligus Nicol David berjaya memecahkan 3 tahun berturut-turut. Tahniah Berita Semasa ucapkan….Dan bersama-sama ini, Berita Semasa ingin sahkan yang mana Nicol David bukanlah selebriti sukan yang dimaksudkan dengan berita yang menggemparkan sukan negara ini.
Ini kerana berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi terus dari MSN mengatakan bukan Ratu tetapi Raja. Sekali lagi Raja……….
Berita terkini yang Berita Semasa terima, sample A (melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen) adalah positif dadah.

Identiti Pemain Badminton Gagal Ujian Doping & Positif Dadah : Lee Chong Wei?

 

  1. Lelaki
  2. Berasal dari Pulau Pinang
  3. Berjaya meraih pingat pada Sukan Asia di Incheon.
  4. Atlet elit dan berprofil tinggi di Malaysia
  5. Atlet tersebut didapati mengambil dadah tahap rendah tetapi tetap diharamkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
  6. Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How antara menyertai Sukan Asia di Incheon.
  7. Bakal kena gantung dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan badminton
  8. Adakah Datuk Lee Chong Wei?
chong wei
Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini yang dibawa oleh China Press (yang boleh anda semak pada koleksi gambar di bawah ini) mengesahkan Datuk Lee Chong Wei gagal ujian doping (doping test) dan disahkan positif dadah melalui pengesahan pihak BAM, sekaligus bakal berdepan dengan hukuman gantung daripada menyertai mana-mana kejohanan selama tempoh 2 tahun.

Sebelum ini, sukan Malaysia digemparkan dengan pingat emas sukan Wusyu ditarik balik dek kerana dikesan positif dadah yang mana Berita Semasa difahamkan beliau ada mengambil ubat kurus.
Adakah kecedaraan yang dialami Lee Chong Wei menyebabkan “supplemen” yang diambilnya mempunyai bahan terlarang, steroid. Mungkin? Ini kerana Berita Semasa sama sekali berpandangan Datuk Lee Chong Wei tergamak mengambil doping dadah dengan sengaja hanya kerana kemenangan. Samada tidak sengaja melalui supplement ataupun…….”diperdajalkan“. Ehemmm….

Entahlah…..hati kecil Berita Semasa kuat mengatakan yang mana Khairy Jamaluddin seperti kena sabataj. Mungkin? Semoga Khairy Jamaluddin tabah menghadapi ujian demi ujian yang dihadapinya ketika ini. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: