Jumaat, 10 Oktober 2014

Belanjawan PR: Revolusi desa sebagai sektor ekonomi negara

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat mencadangkan Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Salah seorang jawatankuasa Belanjawan Pakatan rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata peranan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangun sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.

"Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutama dari segi kandungan teknologi projek bermatlamat untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan,"katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak bandar satelit terutama diluar Lembah Klang dengan memindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar satelit ini.

Selain itu, Revolusi Desa katanya perlu juga menekankan program perumahan desa bagi menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan.

"Dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan itu," katanya.

Menghuraikan rancangan utama Revolusi Desa, katanya, menaiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar perlu dilaksankan.

"Pembinaan sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahiran melalui kerjasama dengan sekolah tempatan,"katanya.

Sehubungan itu, turut ditekankan dalam merealisasikan Revolusi Desa termasuklah intensif pelepasan cukai kepada koperasi atau syarikat yang berjaya menggabungkan guna tanah desa bagi menjalankan aktiviti pertanian bernilai tinggi.

Bagitu juga fungsi FAMA perlu disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan keluaran ekonomi desa serta naik taraf kemudahn infrastruktur dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa.

Justeru katanya, menghidupkan ekonomi desa juga selari dengan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah dimuatkan dalam dokumen sebelum ini seperti Buku Jingga dan manifesto rakyat. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: