Isnin, 13 Oktober 2014

Ambiga selar si liberal jadi 'raksasa penindas'

MALAYSIAKINI


 


Bekas presiden Badan Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar pemimpin negara yang menjadi demokratik dan liberal di luar Malaysia tetapi pulang sebagai “raksasa penindas” di negara sendiri.

Ambiga (kanan) mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan sama berhubung demokrasi dan pluralisme seperti yang dilafazkannya dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Beliau juga mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengucapkan semula kenyataan yang didakwanya mempunyai unsur perkauman, di Amerika Syarikat, di mana beliau melawat Najib baru-baru ini.

“Saya jamin pada kamu beliau tidak akan membuat ucapan sebegitu di luar negara ini kerana akan didakwa (di mahkamah),” katanya.

“Tetapi sepulangnya sahaja mereka ke negara ini, mereka bertukar jadi raksasa penindas,” sindirnya.

Tiada ulasan: