Ahad, 26 Oktober 2014

Ali larikan diri bimbang keselamatan nyawanya

MALAYSIAKINI


 


Walaupun ditangkap empat kali dan dan didakwa beberapa tuduhan menghasut, aktivis sosial Ali Abd Jalil sentiasa memperlihatkan ketenangan beliau dan mengekalkan suasana positif dalam apa yang dihadapinya.

Oleh itu ramai yang terkejut apabila Ali melarikan diri ke Sweden, tetapi beliau berkata bukan hanya setakat Akta Hasutan. Dia bimbang keselamatan nyawanya.

Beliau mendakwa polis, samseng, NGO PERKASA, kumpulan sayap kanan Melayu, kumpulan dalam Umno sedang mencarinya dan mendakwa ada di antara mereka telah mengugut untuk membunuh dan memukulnya.

"Bahkan ada yang mengatakan bahawa saya pengkhianat dan saya tidak sepatutnya diperlakukan seperti manusia.

"Kebanyakan kumpulan Melayu (seperti) PERKASA mengatakan saya seperti sampah dan polis tidak mempertahankan saya," kata Ali yang sekarang kini berada di Gavle, 170 kilometer di Barat Laut ibu negara Sweden, Stockholm.

Bercakap kepada Malaysiakini menggunakan perkhidmatan mesej segera (IM), Ali berkata beliau akhirnya meninggalkan negara kerana tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa.

Tiada ulasan: