Jumaat, 31 Oktober 2014

6 Dikhuatiri Hilang Kapal Dagang Langgar Bot Tunda

MSTAR ONLINE
 
 
Operasi mencari enam lagi anak kapal yang masih hilang giat dijalankan.
 
 
 
KUANTAN: Enam anak kapal sebuah bot tunda dikhuatiri hilang selepas sebuah kapal dagang melanggar bot dinaiki mereka di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, awal pagi Khamis.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu dipercayai berlaku semasa tujuh anak kapal berada di dalam bot tunda tersebut sebelum dirempuh kapal berkenaan.

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Nasir Adam, seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu manakala enam lagi masih hilang.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, dari Indonesia.

Katanya, bot tunda jenis YTC M5 itu dinaiki lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot mereka itu beredar daripada lokasi kejadian.

"Satu laporan polis telah dibuat dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di sini, petang Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat diketuai APMM dengan dibantu polis serta bomba kini sedang giat dijalankan.

Tiada ulasan: