Sabtu, 6 September 2014

‘Van buku’ persendirian pertama di Malaysia meriahi Pesta Buku Selangor

Oleh LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM- Orang ramai khususnya penggemar buku tidak patut melepaskan peluang mengunjungi ‘van buku’ atau sebenarnya sebuah kedai buku bergerak persendirian yang pertama di Malaysia, Mobile Book Cafe (MBC).

Pengasasnya, Muhammad Azam Nor Anwar berkata pelbagai buku untuk pengunjung termasuk buku motivasi, pengetahuan am, agama Islam, ensiklopedia, novel, buku kanak-kanak ditawarkan.

mamat

Beliau berkata, pengunjung juga dibenarkan membaca buku tanpa perlu membelinya sambil menikmati kopi organik yang disediakan secara percuma.

“Niat kami mahu orang ramai menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam merealisasikan misi menjadi negara maju.

“Hanya dengan banyak membaca barulah kita akan mencapai status maju itu. Jika tidak, misi itu agak lambat untuk kita kecapi,” katanya kepada Selangor Kini ketika menyertai dan memeriahi Pesta Buku Selangor di sini.

lori

MBC beroperasi dengan menggunakan kenderaan van yang diubah suai bagi membolehkan buku-buku disusun persis kedai buku sebenar.

Azam berkata, MBC sentiasa menawarkan harga buku pada kadar istimewa setiap hari kepada pengunjung, berbeza dengan kedai buku biasa yang menawarkan pada masa tertentu sahaja.

“Kami juga memasarkan buku penerbit bebas yang sukar mendapatkan tempat di kedai buku ternama.

“Kami memberi peluang kepada terbitan tempatan berbanding terbitan luar negara kerana percaya karya tempatan juga mempunyai penerbitan bermutu,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook melalui Mobilebookcafe atau Instagram MobileBookCafe.

Tiada ulasan: