Jumaat, 12 September 2014

UPSR: Tiga penjawat awam disiasat

 
Beberapa individu lain yang dikatakan bertanggungjawab dalam kes kebocoran kertas soalan UPSR berkenaan juga telah dikenalpasti.


SAC-Gan-Kong-MengKUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata bahawa pihaknya telah memanggil dan merakam keterangan dari tiga orang penjawat awam berhubung kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014.

“Apa yang penting kita sedang siasat untuk kumpulkan keterangan dahulu,” ujarnya lagi.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Johor.

Pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ini dan difahamkan bahawa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang dikatakan terlibat dalam kes ini.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media hari ini berkata, pihak berkuasa juga berjaya mengenal pasti beberapa ‘hotspots’ (titik panas) di mana kebocoran berlaku.

“Individu yang tidak memegang amanah ini mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan diri dan peribadi. Hukuman yang paling keras mesti diambil ke atas mereka,” katanya.

Tiada ulasan: