Rabu, 17 September 2014

Tolak dasar ‘flip-flop’ Najib

 
Dasar-dasar baru perlu dibentuk demi memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak, menggantikan dasar-dasar lama yang memihak kepada kroni BN dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


najib dan lim guan eng


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, ini merupakan kali ketiga tindakan ‘flip-flop’ oleh Najib Razak dalam mengkhianati janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.

“Bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga pensyarah undang-undang. Ramai orang di Sabah dan Sarawak sudah tidak lagi percaya kepada janji-janji pilihanraya 2013 Barisan Nasional.

“BN telah berjanji untuk memperbaiki pembangunan infrastruktur supaya sama taraf dengan Semenanjung Malaysia, menjamin keselamatan orang awam, membasmi kemiskinan, mewujudkan program kesihatan serta memansuhkan dasar kabotaj supaya seluruh rakyat dapat membeli barangan pada harga yang sama,” katanya.

Menurut Guan Eng, di waktu sebegini, tiada sesiapa yang mendengar janji-janji yang disebut oleh Najib Razak lagi.

“DAP percaya bahawa masa depan Sabah dan Sarawak adalah bersama Malaysia. DAP percaya bahawa seperti juga usia 307 tahun Scotland bersama United Kingdom, Sabah dan Sarawak akan mendapat lebih banyak faedah lantaran persekutuan mereka membentuk Malaysia.

Atas sebab ini, Sabah dan Sarawak mesti dilayan sebagai rakan kongsi saksama dengan Semenanjung Malaysia. Justeru, dasar-dasar baru perlu dibentuk demi memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak, menggantikan dasar-dasar lama yang memihak kepada kroni BN dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Kata Guan Eng, alasan bahawa rakyat termiskin tinggal di Sabah dan Sarawak tidak boleh diterima lagi, tanpa kemudahan asas bekalan air dan elektrik, serta gejala rasuah dan salahguna kuasa.

“Sudah tidak boleh diterima lagi bahawa rakyat Sabah dan Sarawak membayar lebih untuk barangan yang sama dijual di Semenanjung.

“Begitu juga sebarang kekurangan sekolah, guru dan ketiadaan sambungan internet, sumber asli seperti tanah, balak, serta kemudahan komunikasi dan pelabuhan tidak sepatutnya dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu tetapi mesti dilaksanakan secara tender terbuka kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Sehubungan itu, Sabah dan Sarawak memerlukan suatu anjakan daripada model pentadbiran semasa oleh BN yang menumpukan kepada pelaksanaan kuasa dan kepentingan.

Tiada ulasan: