Selasa, 16 September 2014

Syarikat penerbangan tidak sensitif

 
"Lambang jalur gemilang di kaki pramugari...kurang adab disitu."


firefly tidak sensitifPETALING JAYA: Pengguna laman sosial mengecam syarikat penerbangan Firefly yang dikatakan tidak sensitif dengan penyiaran iklan di ‘inflight magazine’ mereka.

Di dalam iklan tersebut dipaparkan bulan sabit dan bintang pecah 14, yakni lambang agama Islam sebagai agama rasmi diletakkan ditapak kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut.

Bulan sabit (anak bulan) melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.

Di dalam saat negara sedang berkabung menunjukkan solidariti kepada kemalangan dua pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 dan MH370, tindakan syarikat Firefly itu, memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Bagi pengguna Facebook Sri Rahayu Ismail beliau menyatakan bahawa “Bahasa dan kedudukan simbol Islam di kaki model yang tidak mempamerkan imej Islam,”

Manakala bagi Saifulnizam Hamdan menyatakan “lambang jalur gemilang di kaki pramugari…kurang adab disitu,”

Tiada ulasan: