MALAYSIAKINI
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan segera
memansuhkan Akta Hasutan berikutan beberapa pendakwaan terhadap ahli
Parlimen, ADUN, pelajar dan ahli akademik.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam
berkata, kerajaan perlu memenuhi janji mereka sebelum ini untuk
memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Harmoni Negara.
"Suruhanjaya
kesal melihat bahawa penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang
digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat hak rakyat untuk
membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana
merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju.
"Suhakam menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semula
kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa
individu di bawah Akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang
didakwa sebagai bersifat 'menghasut'", katanya.
Institut Rakyat: Najib pura-pura
Sementara itu, badan pemikir PKR, Institut Rakyat pula mendakwa
pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sebuah
pemerintahan yang zalim dan antidemokrasi berbanding pemerintah sebelum
ini.
Menurut institut itu, kelewatan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan
juga menunjukkan Najib hanya berpura-pura dan ia sekaligus mendedahkan
kelemahan sebuah kerajaan minoriti yang terbentuk daripada 47 peratus
undi popular.
"Tindakan yang diambil ke atas ahli akademik ini bukan sahaja menyekat
kebebasan akademik tetapi melanggar prinsip kebebasan bersuara yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel ke-10 di mana setiap
rakyat Malaysia berhak dan mempunyai kebebasan untuk bersuara, berhimpun
dan berpersatuan.
"Penggunaan akta ini secara aktif dan agresif terhadap pemimpin Pakatan
Rakyat, aktivis NGO dan terkini ahli akademik bukan setakat mendedahkan
kepura-puraan Najib, malah ia mendedahkan kelemahan sebuah kerajaan
minoriti yang terbentuk di atas sokongan undi 47 peratus," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan