Khamis, 4 September 2014

Setelah London, Perkasa kibarkan sayap ke negara lain

 
Sepatutnya kita akan lancarkan pada bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan pada bulan hadapan kerana Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor.

ibrahim-ali
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjelaskan bahawa setelah melancarkan Perkasa di Eropah, kini pihaknya berhasrat untuk melebarkan sayap pertubuhan itu ke negara-negara lain.

Menurutnya, pada bulan hadapan, pihaknya akan melancarkan Perkasa di Indonesia, dan kemudiannya ke Jordan, Mesir, Jepun, Australia serta di Washington.

“Sepatutnya kita akan lancarkan pada bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pengkalan Kubor,” katanya sewaktu ditemubual dalam satu wawancara eksklusif bersama wartawan FMT.

Pada bulan Mei lalu, Perkasa telah melancarkan Perkasa UK Eropah yang meliputi negara-negara dari UK, Ireland, Perancis, Germany, Belgium dan lain-lain.

“Saya berharap Perkasa UK dan Eropah dapat menjadi benteng kepada fahaman liberal, pluralisma, dan hak asasi yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya bangsa dan agama,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan dengan kewujudan rangkaian seumpama ini, banyak perkara boleh dilakukan bersama demi kebaikan, kesejahteraan rakyat dan imej negara.

“Perjuangan utama Perkasa adalah isu-isu nasional yang mempunyai kaitan dengan keselamatan negara dan kepentingan nasional, selain memperkasakan kaum pribumi yang menjadi teras kepada negara Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan: