Khamis, 4 September 2014

RM200j Felda: MP PKR menang

MALAYSIAKINI


 


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.

Tan, yang juga anggota lembaga disiplin PKR, berkata penghakiman itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersalah.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama menyokong saya di dalam proses perbicaraan kes ini, dari mula hingga ke penghujung,” katanya.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel lima anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Arifin Zakaria.

Anggota lain panel itu: Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Ma’arop dan Hasan Lah.

Tiada ulasan: