Isnin, 1 September 2014

Rafizi mengaku tidak bersalah ‘datangkan kemarahan’ ahli Umno

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan ahli Umno.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan itu melalui satu artikel bertajuk ‘Will Rafizi Quit it Selangor is not toppled?’ Februari lalu yang mengaitkan parti itu dengan kejadian membaling molotov cocktail dalam sebuah gereja.

Beliau  didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini di bawah seksyen 504 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Jika didapati bersalah, Rafizi berdepan dengan hukuman tidak melebihi dua tahun penjara, denda RM4,000 atau kedua-duanya.

Rafizi diwakili peguam N.Surendran , Eric Paulsan dan D.Rajhpar. Manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azari Harun.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi diikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 September ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Pada 27 ogos lalu, Rafizi telah dipanggil ke Ibu Pejabat polis daerah Kajang untuk direkodkan kenyataan dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Tiada ulasan: