Sabtu, 6 September 2014

PM lancar lamanweb NajibRazak.com

MALAYISKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lamanweb peribadi barunya, NajibRazak.com menggantikan lamanweb 1Malaysia.com yang sebelum ini digunakan sebagai blog rasmi dan peribadinya.
  
"Alhamdulillah, laman web 1Malaysia berubah wajah. Saya juga lancarkan laman web peribadi baru," kata perdana menteri dalam

tweet
terbarunya hari ini.
  
Pengunjung yang melawati kedua-dua laman web itu akan disambut dengan mesej "I am pleased to announce that my personal website, www1Malaysia.com has moved to NajibRazak.com. The existing 1Malaysia website will continue as a recognised website with contributions from all Malaysians.
  
"You can choose to either go to www1Malaysia.com or NajibRazak.com with one simple
click
," kata Najib.
  
Laman web NajibRazak.com mengandungi entri-entri yang pernah beliau paparkan semenjak 2008 dari laman web 1Malaysia.com selain disertakan gambar, video dan aktiviti sepanjang penglibatan Najib bergelar perdana menteri dan sebelum itu timbalan perdana menteri.
  
Lamanweb 1Malaysia.com kini berfungsi sebagai platform untuk menerangkan lebih lanjut tentang konsep 1Malaysia dan dasar-dasar kerajaan.- Bernama

Tiada ulasan: