MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu PERKASA mengadakan tinjauan pendapat pengundi di
Selangor dan mendakwa majoriti rakyat di negeri itu mahu DUN negeri itu
dibubarkan.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ia membolehkan pilihan raya negeri
diadakan selepas parti dalam Pakatan didakwanya engkar titah Sultan
Selangor supaya menghantar dua nama atau lebih calon menteri besar untuk
pertimbangan baginda.
Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata beliau sendiri membuat tinjauan
rambang sekumpulan 20 pengundi yang mendapati 17 daripadanya menyatakan
Sultan Selangor patut membubarkan DUN sementara bakinya berkecuali.
"Bukan setakat satu kumpulan 20 orang, saya bertanya tetapi lima
kumpulan. Malah ahli-ahli PERKASA Selangor turut mengumpul pendapat dan
majoriti rakyat Selangor mahu DUN dibubar.
"Politik Selangor sudah berkecamuk akibat permainan individu dan parti
politik tertentu. PERKASA sokong jika MB Selangor menasihati DUN
Selangor dibubarkan dan pilihan raya ngeri diadakan," katanya.
Ibrahim berkata krisis jawatan itu dijangka berlarutan selepas PKR dan
DAP memutuskan hanya mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai calon MB, manakala PAS pula akan menghantar dua nama
tetapi bukan dari kalangan wakil rakyat mereka.
Ibrahim berkata PAS sepatutnya mengemukakan dua calon atau lebih dari
kalangan 15 ADUN merekadan bukan mencalonkan nama daripada parti lain.
"Saya tidak buta huruf atau tidak boleh membaca. (Tentang) maksud dua nama atau lebih dari parti masing-masing.
"PAS tidak hormati dan menyakini ahli-ahli YB-nya sendiri dan
mengingkari titah Tuanku. Jelas mereka ini tidak mahu Tuanku mempunyai
pilihan memilih yang terbaik selain menekan Tuanku untuk pilih kehendak
mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan