Khamis, 4 September 2014

PAS Johor putus muktamar di Bt Pahat

MALAYSIAKINI


 


PAS Johor malam tadi memutuskan untuk mengadakan muktamar tahunan parti selama tiga hari bermula pada 18 September ini, di Parit Salleh Ros, Parit Raja di Batu Pahat.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata muktamar PAS ke-60 yang sepatutnya diadakan di Johor Bahru akan berpindah ke Batu Pahat "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, beliau yang juga ADUN Parit Yaani itu tidak menyebut secara khusus sebab pertukaran lokasi itu dibuat.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pihaknya terpaksa memindahkan lokasi muktamarnya ke Batu Pahat ekoran masalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan Johor Bahru.

Beliau mendakwa masalah tersebut memberi tekanan kepada pemilik tanah di lokasi yang dirancang dan wang deposit sewa terpaksa dipulangkan.

Susulan itu, Khairul Faizi berkata pihaknya terpaksa meratakan tapak tanah lain seluas enam ekar di Batu Pahat sebagai tapak baru untuk melangsungkan muktamar tahunan parti Islam itu.

Sementara itu, bagi muktamar ketiga-tiga sayap parti pula akan berlangsung pada 17 September di kawasan berasingan melibatkan Kulaijaya dan Kota Tinggi.

Muktamar Dewan Muslimat PAS yang asalnya diadakan di lokasi yang sama dengan muktamar PAS Pusat terpaksa berpindah ke Pulai Spring Resort, Johor Bahru.

Sementara Muktamar Dewan Ulama PAS diadakan dipindahkan ke di IOI Resot, Kulaijaya, manakala lokasi muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS tidak berubah iaitu Dewan Choon Moi, Kota Tinggi.

Tiada ulasan: