Selasa, 16 September 2014

'Orang sekeliling punca kerajaan belum mansuh Akta Hasutan''

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa keengganan rakyat untuk Akta Hasutan dimansuh adalah faktor kerajaan Persekutuan sehingga kini tidak melaksanakannya. 
 
Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan persekutuan sehingga kini masih mengkaji pelaksanaan dan keperluan akta tersebut dimansuhkan. 
 
“Saya yakin Perdana Menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. 
 
"Tugas kita adalah tunjuk kepada Perdana Menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” kata Saifuddin lagi.
 
“Ketika saya seorang Timbalan Menteri, nak pinda Seksyen 15 pun susah kerana bos saya tak mahu, begitu juga yang lain-lain, tetapi akhirnya ia dilakukan walaupun sedikit,” katanya ketika menyampaikan ucapan dii majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di ibu negara malam tadi.
 
Pada masa sama beliau mengakui akta itu dilihat digunakan sebagai untuk menakut-nakutkan rakyat serta menyekat kebebasan mereka untuk bersuara dan tindakan menggesa akta itu dimansuhkan juga tiada kena mengena dengan politik.

Tiada ulasan: