Selasa, 2 September 2014

Muktamar PAS ke-60 pindah ke Batu Pahat




Oleh Abdul Rahim Sabri


Jurucakap PAS berkata, parti itu terpaksa memindahkan lokasi muktamarnya ke Batu Pahat ekoran masalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan Johor Bahru.

Penolonga setiausaha PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil mendakwa, masalah tersebut memberi tekanan kepada pemilik tanah di lokasi yang dirancang.

Lokasi yang dimaksudkan adalah satu kawasan tanah lapang dekat Sutera Mall, Johor Bahru.

"Kami mendapat kerjasama daripada tuan tanah dan polis. Tapi tidak mendapat kelulusan daripada PBT (pihak berkuasa tempatan) di situ. Ada tekanan kepada tuan tanah.

"Kami cuba mendapatkan maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mengenai perkara ini. Tapi memandangkan tempoh terlalu singkat, jadi kami ambil keputusan untuk pindah," katanya.

Susulan itu, PAS terpaksa memulangkan bayaran pendahuluan sewa tanah tersebut, sebanyak RM75,000, katanya.

PAS juga kini terpaksa meratakan tanah seluas enam ekar di Batu Pahat bagi urusan perjalanan muktmar PAS yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 20 September depan.Mkini

Tiada ulasan: